Jumaat, 12 Disember 2014

Cara Mengatasi Anak Takut Ke Sekolah

10 Cara Mengatasi Anak Takut Ke Sekolah, Masuk Darjah 1!

                Tidak lama lagi, musim persekolahan bakal bermula.  Alam tadika tidak sama dengan alam sekolah.  Ia lebih mencabar dan anak bakal terdedah dengan persekitaran yang lebih besar.
Mungkin sekarang ibubapa sedang sibuk membuat pendaftaran dan persediaan memasukkan anak-anak ke sekolah yang terpilih.  Bagi anak-anak yang baru pertama kali bersekolah, ini adalah pengalaman yang mungkin sangat mengujakan atau mungkin juga manakutkan.
Adalaj ini normal?
                Pertama kali ke sekolah, anak menangis, memeluk erat ayah atau ibu dan tidak mahu lepas.  adakah ini normal?
                Sudah tentu ia adalah normal.  Dalam arutin biasa mereka, mungkin mereka hanya di kelilingi ibu ayah, pembantu rumah, adik-beradik, atau datuk dan nenek.  Tiba-tiba pada suatu hari dia ditinggalkan di sebuah tempat yang sangat asing baginya.  Tentu dia merasa takut.  Takut jika ibu dan ayahnya tidak kembali mengambilnya dan takut jika tidak dapat pulang ke rumah.
Bagaimana mengatasi anak takut masuk sekolah?

Ini ada 10 cara mudah untuk menghadapi dan menangani masalah ini.

1.     Dedahkan anak dari awal tentang sekolah barunya.
Ambil masa, bawa anak naik kereta.  Jalan-jalan sambil tunjukkanbakal sekolah yang dia akan pergi.  Penting jia anak bakal masuk Darjah 1.  Jika ada abang atau kakak yang bersekolah di sekolah yang sama, ini tentu lebih mudah.

2.  Beli barang-barang sekolah bersama
        Ini penting agar dia merasai keterujaan untuk pergi ke sekolah.  Biar dia sendiri yang pilih beg sekolah kegemaran.  Frozen, Ben 10, Barbie atau apa-apa kartun kegemaran, turutkan sahaja!

3.  Selalu bercerita dengan anak
       Bercerita tentang apa yang boleh dilakukan di sekolah.  Terutama keseronokan belajar dalam bilik darjah, tentang buku, tentang guru dan tentang kawan-kawan.  Ceritakan pengalaman ibu semasa di sekolah waktu dahulu.

4.  Berikan jaminan
        Selalu berikan anak jaminan bahawa di sekolah adalah selamat dan katakana kepadanya bahawa kita akan kembali mengambilnya. 

5.  Letak barang kesayangan
        Jika anak masih takut, letakkan sesuatu seperti barang anda di dalam beg sekolahnya.  Contoh barang adalah seperti selendang ibu.  Katakan kepada anak, jika dia rindu, pegang selendang tersebut.  Jangan letak bantal busuk pula!

6.  Usah ambil lambat
        Sekali berjanji, mesti ditepati.  Jangan ambil anak lambat selepas waktu sekolah.  Jika kita memungkirinya, anak mungkin sukar untuk mengatasi msalah ketakutannya.  Bila sudah mula menangis, anak akan jadi fobia.

        Walaupun anak naik bas atau van sekolah, datang juga tunjuk muka.

7.  Teman anak waktu rehat
        Minggu pertama, anak jadi takut.  Mahu beli barang di kantin juga tidak tahu.  Ajar anak beli makanan di kantin.  Temankan dia agar lebih yakin.  Jangan berputus asa.  Pujuk anak dan hilangkan ketakutannya.

        Masa inilah pentingnya ajak anak kira duit!

8.  Ajar anak pergi tandas
        Ini antara kebimbangan besar ibu-bapa.  Takut anak terkencing atau terberak dalam kelas!

        Ini bakal memalukan anak.  Tunjukkan anak tandas pada hari pertama.  Terus berbincang dengan guru kelas tentang tindakan dan perkembangan anak di sekolah pada minggu pertama.

        Ambil nombor telefon guru kelas jika ada.

9.  Kenal-kenal dengan kawan tadika
        Jika ada kawan yang berjiran, itu juga lebih bagus.  Bila mereka berkawan-kawan, anak akan lupa tentang ketakutan diri sendiri.  Pergi ke kantin sama-sama, pergi Pendidikan Jasmani sama-sama.  Elakkan anak bersendirian.

10.      Bekalkan duit secukupnya
        Kalau ada masa untuk masak dan beri anak bawa bekal, itu yang terbaik.  Jika ibu-bapa sibuk, berikan duit sahaja untuk mereka berlanja di kantin.  Namun, jangan sampai banyak sangat.  Takut kena ‘pau’ dari pelajar lebih senior.  Wang belanja dalam lingkungan RM3 – 5 adalah yang paling ideal.

        Ingat, ibu dan bapa mesti positif dan kuat! – Anak mendapat kekuatan daripada ibu bapa mereka yang juga kuat.  Banyak-banyak berdoa pada Allah agar dipermudahkan segalanya.

Semoga ada manfaatnya!
       

#siraplimau.com#

Khamis, 11 Disember 2014

KHASIAT AIR KELAPA

Air kelapa muda juga boleh digunakan untuk perubatan kerana sifatnya yang semulajadi dan datang terus dari alam. Seelok-elok air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya.

Air kelapa muda yang telah diruqyah apabila dicampur...kan dengan sedikit garam bukit sangat bagus untuk rawatan santau dan batuk berdarah. Lebih-lebih lagi kalau sudah diruqyah dengan ayat-ayat al Quran, selawat dan doa-doa kesembuhan yang warid dari Rasululullah saw.

Air kelapa yang dicampur dengan garam bukit juga sangat bagus untuk rawatan ketagihan dadah, rokok dan seumpama dengannya. Kaedah ruqyah yang sesuai untuk rawatan tersebut adalah membacakan 40 kali al Fatihah kepada campuran tersebut.

Air kelapa mempunyai banyak khasiat yang dibuktikan secara saintifik. Antaranya:

(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

(4) Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.


Buah kelapa yang sudah gugur, tidaklah terjamin airnya masih elok atau tidak.










#sumber#legacysecrettrading#

Rabu, 10 Disember 2014

SET KESIHATAN HATI


Berikan hati anda khasiat dan penjagaan yang diperlukan
Hati memainkan peranan penting daripada fungsi normal metabolism hinggalah detoksifikasi.. Walau bagaimanapun, fungsi normal hati boleh terjejas disebabkan oleh  :


     a)   Kurang tidur
     b) Pendedahan terhadap toksin yang kerap dan berpanjangan
     c)  Meminum alkohol
     d)  Cara pemakanan yang tidak seimbang dan lain-lain

Set Revitalizing Shaklee mengandungi campuran herba unik yang membekalkan sokongan nutrisi untuk fungsi optimum hati.

Kebaikan :
a)        Berasa lebih sihat dan segar
b)        Menggalakkan fungsi hati yang sihat
c)         Memulihkan tenaga

Set Hati : 1)  DTX Complex , 2)  Nutriferon

1)  DTX Complex
        Menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu            formula herba yang unik dengan antioksidan dan mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu yang bila digabungkan dapat mellindungi dan merangsang   keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

a)   Mengandungi ekstrak biji pokok susu tisel yang ditunjukkan dalam penyelidikan menyokong keupayaan normal badan membuat protein yang membantu jana semula sel hati.

b)    Cendawan Reishi dan Schizandra chinensis mempunyai cirri-ciri antioksidan.

c)     Dandelion, kunyit dan artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu.

2)  Nurtriferon
      Merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang            terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun.  Bila diambil setiap hari dapat             meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan anda yang         merupakan pengaktif kritikal system imun.

a)       Formula berpaten eksklusif yang menyediakan tahap tertinggi bagi perlindungan imun harian kita.

b)  Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh penemu interferon – Dr. Yasuhiko Kojima selepas lebih daripada 40 tahun penyelidikan.

c)  Mengandungi MACH, satu campuran interferon yang merangsang ekstrak tumbuhan (500mg) yang telah dipatenkan.  Campuran proprietary ekstrak tumbuhan semulajadi ini berasal daripada biji labu, bunga safflower, benih plantaga dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle yang telah terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap selular.

d)       Terbukti dengan 4 kajian klinikal terhadap manusia.

e)       Boleh didapati secara ekslusif melalui Shaklee.

  
Anda Berminat ?

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :  Sue Nanie
Call/SMS/WhatsApp/Telegram/Line di 013 807 4629

Lawati dan Like @ :

Facebook  :  Sue nanie
Fanpage  :  Vitamins
Laman Web  :  mummyainadvitamins.blogspot.com
email  :  ainaisda@ymail.com / ainaisda@gmail.com

COD  : Area Miri, Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia

DAFTARLAH MENJADI AHLI SHAKLEE
NAK TAMBAH PENDAPATAN SAMPINGAN ATAU SEPENUH MASA
HINGGA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN ONLINE,


HUBUNGI SAYA

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN DI SELURUH MALAYSIA

ANDA TIDAK AKAN KESEORANGAN KERANA ANDA AKAN DIJEMPUT UNTUK MENYERTAI GROUP EKSLUSIF YANG MANTAP DARI TAK TAU LANGSUNG ANDA AKAN DIAJAR MENJADI YANG TERHEBAT

Jumaat, 5 Disember 2014

KHASIAT PEGAGA



Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia), indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.
Kegunaan
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental.
Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak.
Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.
Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. Ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.   

Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.

Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.  Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Kandungan
Pegaga yang simplisianya dikenal dengan sebutan Centella Herba memiliki kandungan asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Diduga glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.

Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen anti alergi, anti kanser, anti disenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.

Kegunaan:
Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk
revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Kesimpulannya pegaga sesuai untuk penyakit berikut :

1.Pembengkakan Hati
2. Demam, Campak
3. Sakit Tekak, Batuk Kering,
4. Asma, Brokitis, Pleuritis
5. Radang Mata Merah
6. Keputihan
7. Tekanan Darah Tinggi
8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
9.Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
10. Keracunan Makanan
11. Batuk Darah, Muntah Darah
12. Busung, bisul
13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
14. merangsang otak – kuat daya ingatan (mencegah nyanyuk)
15. melambatkan proses penuaan

Sifat dan Manfaat
Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.


Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.

Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.

Info pegaga:
Nama Botani Centella asiatica (L) Urban
Nama lain Pennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu), Pegagan (Filipina), Buabok (Thai), Ching Chow Sui (Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India)
Famili Umbelliferae
Pengenalan Pegaga (Centella asiatica (L) Urban) berasal dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar. Kemudian ia tersebar ke kawasan Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain seperti Malaysia, Pakistan, China, Jepun, Afrika Timur, West Indies, Amerika Selatan dan Australia. Ia didapati tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan dengan air (di persisiran sungai dan tali air). Kebanyakan spesies boleh tumbuh di kawasan terbuka manakala terdapat juga spesies yang memerlukan keadaan lindungan yang sederhana. Pegaga tumbuh menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar pada setiap ruas daun. Daunnya berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi daun bersifat licin atau bergerigi mengikut jenis. Lebar daun antara 3–5 cm dan panjang tangkai daun boleh mencapai 15 cm mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman. Bunganya dalam jambak 3–4 kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih berukuran di sekitar 3 mm dan kelihatan seperti biji cili. Terdapat 3 jenis pegaga iaitu Centella asiatica, Merremia emarginata dan Hydrocotyle spp. Spesies asiatica lebih dikenali kerana dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit.

Khasiat dan Kegunaan Pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.


#sumber#panduan percuma.info/khasiat-pegaga#

Khamis, 4 Disember 2014

SIRIH CINA

Kongsi Petua


TAHUKAH Anda!

 

Pokok yang kecil lagi lemut, daunnya seakan bentuk jantung, seperti daun sireh.  Buahnya yang bulat kecil bila dah cukup matang berwarna hijau dan bila dah hitam dah boleh buat benih.
Tumbuhan ini sering dianggap sebagai rumpai yang menumpang di celah-celah tanaman anda, bukan?  Mungkin sebab itu nama yang diberi ialah Ketumpangan Air.  Juga dikenali sebagai Sirih Cina atau nama saintifiknya Peperomia Pellucida, bukan sebarang rumpai!.
 
Ia boleh dijadikan sayur, salad, ulam dan teh!
 
Khasiat dan manfaatnya  :  air rebusannya boleh diminum untuk sengal-sengal badan dan lenguh tulang.  Daunnya juga sekiranya dilumatkan disapu di bahagian kepala untuk menghilangkan demam dan sakit kepala. Airnya juga dikatakan boleh menyembuhkan penyakit tangan,kaki dan mulut  atau lebih dikenali sebagai HFMD.
Terdapat beberapa manfaat lain seperti meredakan batu, merawat jangkitan pundi, gout, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

 

#Sumber # keindahan berkebun.blogspot.com#laman impiana#

Rabu, 3 Disember 2014

PETOLA

Kongsi Petua


KHASIAT PETOLA



1.        Pembersih darah

Memakan petola dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk membersihkan darah anda dari bahan tercemar.   Di samping itu ia bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati.

2.       Menyembuhkan jaundis(sakit kuning) kerana keupayaannya dalam membersihkan organ hati.

3.       Bermanfaat untuk penyakit kencing manis.

Kualiti tertentu terdapat pada petola membolehkan ia membantu pesakit kencing manis.  Ini kerna kewujudan insulin seperti peptida dalam sayuran ini yang dapat mengurangkan paras gula dalam darah.  Selain itu juga ia mengawal paras tahap insulin darah ke kuantiti yang diperlukan.

4.       Membantu penurunan berat badan.

i)        Sangat rendah dalam kandungan lemak tepu

ii)       Mempunyai penggunaan yang lebih rendah kolesterol ke arah badan

iii)     Menawarkan jumlah yang sangat ideal lemak dan kalori

iv)     Mengandungi banyak air di dalamnya.

Nilai pemakanan yang terdapat pada petola seperti serat pemakanan, vitamin dan mineral adalah sumber penting untuk menguragngkan berat badan. 

5.       Mengawal keasidan serta ulser pada perut

 

 

#Sumber #Berita Pantas INFO –Bernama Radio24#

Selasa, 2 Disember 2014

CARA NAK BERSIHKAN KERANG

KONGSI PETUA


 

Saya suka makan kerang, Cuma masa nak bersihkan tu….kena ambil masa, sebab kerang nie kan bahagian luaran dia kotor, so apa lagi…nak tak nak kena bersihkan ... sebab nak makan. Punya lah susahnya bila guna berus untuk cuci satu persatu kerang tu. Takde cara lain ke!!!huhuhu…..

          Just nak sharing untuk santapan ringan minda kita dari sumber Resepi Ummi, terima kasih untuk Anda dan yang lain.

Kerang sukar dibersihkan kerana ianya berpasir.   

Petua untuk membersihkannya :  

a)      Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur.  Rendam dengan air sama cukup dengan kerang.  Gaul dengan tangan.  Biar selama 10 minit dan toskan.  Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. 

b)      Boleh juga guna pelepah pisang.  Ketuk sikit dan gaulkan bersama kerang. 

c)      Daun ubi juga boleh digunakan dan caranya sama seperti (a) 

Petua  untuk mudahkan kerang dikopek : 

Macam mana caranya??? 

          Semasa hendak merebus kerang tersebut anda terlebih dahulu masukkan sedikit minyak masak dalam anggaran satu sudu makan. 

Taaadaaa…..dengan mudah kulit kerang akan terbuka sedikit dan mudahlah anda mengopek dan mengeluarkan isi kerang itu.

 Petua untuk maniskan rebusan kerang !!!???

            Masa nak masak kerang tak perlu masukkan air !!??   

Boleh ke?? ….Dah tentulah boleh dah ada yang buat kita ikut jer petua nie….tak cuba kita tak kan tau kan….kan..

          Caranya masukkan kerang ke dalam beriuk atau pun kuali, masukkan sebatang serai yang telah diketuk dan hirisan bawang merah campur ke dalam kerang tadi dan rebus selama 10 atau 15 minit jer lebih kurang. Pastikan periuk atau kuali ditutup rapat dan kerang anda akan mengeluarkan air sendiri dari wap yang ada dalam periuk tersebut dan pastikan juga api dapur anda dalam keadaan api yang perlahan, takut nanti air kerang tu cepat kering…

 

Selamat mencuba