Sudah lama berkahwin dan masih belum menimang cahaaya mata. "Kenapa saya lambat dapat anak? Sedangkan apabila check saya dan suami tiada apa-apa masalah. Apa yang perlu saya buat?''
[ Persoalan yang timbul di benak setiap pasangan yang belum menimang cahaya mata. ]
Perlu diingat, rezeki adalah ditangan Allah. Namun kita manusia perlu sentiasa berusaha dan terus berusaha tanpa putus asa.
Berusaha dari segi Mental, Fizikal dan juga Amalan Rohani. Berdoa tanpa putus asa In Syaa Allah.
Bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan mungkin boleh mengamalkan tips berikut :
1) Amalkan Gaya Hidup Sihat
Amalkan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi lengkap. Pemakanan amat penting untuk membantu meningkatkan kesuburan dan memberi tenaga.
Jika pasangan merokok, sila Berhenti Merokok serta merta. Ini kerana "Sperma Count" akan berkurangan jikalau anda adalah seorang perokok tega.
2) Sperma lebih bertenaga dan sihat di waktu pagi selepas subuh. Seeloknya, cuba berhubung pada waktu pagi sehari sebelum Ovulasi atau waktu subur bagi wanita.
3) Hindari penggunaan pencuci faraj
Penggunaannya akan menyukarkan sperma untuk hidup dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian untuk hamil.
4) Dapatkan berat badan yang Ideal.
Check BMI anda dan jikalau anda dalam kategori Obesiti, sila mengambil langkah-langkah untuk menurunkan berat badan.
5) Bagi suami, pemakaian boxer adalah lebih baik daripada 'brief' kerana ia boleh menghasilkan "Sperma Count" yang lebih baik.
6) Pastikan haid anda teratur.
Jika haid anda tidak teratur akan menyukarkan kehamilan. Perbetulkan hormon supaya haid anda akan teratur dan merancang kehamilan akan menjadi lebih mudah.
Sumber dari mummysayf.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan