Saya suka makan kerang,
Cuma masa nak bersihkan tu….kena ambil masa, sebab kerang nie kan bahagian
luaran dia kotor, so apa lagi…nak tak nak kena bersihkan ... sebab nak makan.
Punya lah susahnya bila guna berus untuk cuci satu persatu kerang tu. Takde
cara lain ke!!!huhuhu…..
Just nak sharing untuk santapan ringan minda kita dari
sumber Resepi Ummi, terima kasih untuk Anda dan yang lain.
Kerang sukar dibersihkan
kerana ianya berpasir.
Petua untuk membersihkannya
:
a) Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga
hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan
kerang. Gaul dengan tangan. Biar selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih
bersih.
b) Boleh juga guna pelepah pisang.
Ketuk sikit dan gaulkan bersama kerang.
c) Daun ubi juga boleh digunakan dan caranya sama seperti (a)
Petua untuk mudahkan kerang dikopek :
Macam mana caranya???
Semasa hendak merebus kerang tersebut anda terlebih dahulu
masukkan sedikit minyak masak dalam anggaran satu sudu makan.
Taaadaaa…..dengan mudah
kulit kerang akan terbuka sedikit dan mudahlah anda mengopek dan mengeluarkan
isi kerang itu.
Boleh ke?? ….Dah tentulah
boleh dah ada yang buat kita ikut jer petua nie….tak cuba kita tak kan tau
kan….kan..
Caranya masukkan kerang ke dalam beriuk atau pun kuali,
masukkan sebatang serai yang telah diketuk dan hirisan bawang merah campur ke
dalam kerang tadi dan rebus selama 10 atau 15 minit jer lebih kurang. Pastikan
periuk atau kuali ditutup rapat dan kerang anda akan mengeluarkan air sendiri
dari wap yang ada dalam periuk tersebut dan pastikan juga api dapur anda dalam
keadaan api yang perlahan, takut nanti air kerang tu cepat kering…
Selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan