TAHUKAH Anda!
Pokok yang kecil lagi lemut, daunnya seakan bentuk jantung,
seperti daun sireh. Buahnya yang bulat
kecil bila dah cukup matang berwarna hijau dan bila dah hitam dah boleh buat
benih.
Tumbuhan ini sering dianggap sebagai rumpai yang menumpang
di celah-celah tanaman anda, bukan?
Mungkin sebab itu nama yang diberi ialah Ketumpangan Air. Juga dikenali sebagai Sirih Cina atau nama
saintifiknya Peperomia Pellucida, bukan sebarang rumpai!.
Ia boleh dijadikan sayur, salad, ulam dan teh!
Khasiat dan manfaatnya
: air rebusannya boleh diminum
untuk sengal-sengal badan dan lenguh tulang.
Daunnya juga sekiranya dilumatkan disapu di bahagian kepala untuk
menghilangkan demam dan sakit kepala. Airnya juga dikatakan boleh menyembuhkan
penyakit tangan,kaki dan mulut atau lebih
dikenali sebagai HFMD.
Terdapat beberapa manfaat lain seperti meredakan batu,
merawat jangkitan pundi, gout, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
#Sumber # keindahan berkebun.blogspot.com#laman impiana#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan