10
Cara Mengatasi Anak Takut Ke Sekolah, Masuk Darjah 1!
Tidak lama lagi, musim
persekolahan bakal bermula. Alam tadika
tidak sama dengan alam sekolah. Ia lebih
mencabar dan anak bakal terdedah dengan persekitaran yang lebih besar.
Mungkin
sekarang ibubapa sedang sibuk membuat pendaftaran dan persediaan memasukkan
anak-anak ke sekolah yang terpilih. Bagi
anak-anak yang baru pertama kali bersekolah, ini adalah pengalaman yang mungkin
sangat mengujakan atau mungkin juga manakutkan.
Adalaj
ini normal?
Pertama kali ke sekolah, anak
menangis, memeluk erat ayah atau ibu dan tidak mahu lepas. adakah ini normal?
Sudah tentu ia adalah
normal. Dalam arutin biasa mereka,
mungkin mereka hanya di kelilingi ibu ayah, pembantu rumah, adik-beradik, atau
datuk dan nenek. Tiba-tiba pada suatu
hari dia ditinggalkan di sebuah tempat yang sangat asing baginya. Tentu dia merasa takut. Takut jika ibu dan ayahnya tidak kembali
mengambilnya dan takut jika tidak dapat pulang ke rumah.
Bagaimana
mengatasi anak takut masuk sekolah?
Ini ada 10 cara mudah untuk
menghadapi dan menangani masalah ini.
1.
Dedahkan anak dari awal tentang sekolah barunya.
Ambil masa, bawa anak naik
kereta. Jalan-jalan sambil
tunjukkanbakal sekolah yang dia akan pergi.
Penting jia anak bakal masuk Darjah 1.
Jika ada abang atau kakak yang bersekolah di sekolah yang sama, ini
tentu lebih mudah.
2. Beli barang-barang sekolah bersama
Ini
penting agar dia merasai keterujaan untuk pergi ke sekolah. Biar dia sendiri yang pilih beg sekolah
kegemaran. Frozen, Ben 10, Barbie atau
apa-apa kartun kegemaran, turutkan sahaja!
3. Selalu bercerita dengan anak
Bercerita
tentang apa yang boleh dilakukan di sekolah.
Terutama keseronokan belajar dalam bilik darjah, tentang buku, tentang
guru dan tentang kawan-kawan. Ceritakan
pengalaman ibu semasa di sekolah waktu dahulu.
4. Berikan jaminan
Selalu
berikan anak jaminan bahawa di sekolah adalah selamat dan katakana kepadanya
bahawa kita akan kembali mengambilnya.
5. Letak barang kesayangan
Jika
anak masih takut, letakkan sesuatu seperti barang anda di dalam beg
sekolahnya. Contoh barang adalah seperti
selendang ibu. Katakan kepada anak, jika
dia rindu, pegang selendang tersebut.
Jangan letak bantal busuk pula!
6. Usah ambil lambat
Sekali
berjanji, mesti ditepati. Jangan ambil
anak lambat selepas waktu sekolah. Jika
kita memungkirinya, anak mungkin sukar untuk mengatasi msalah
ketakutannya. Bila sudah mula menangis,
anak akan jadi fobia.
Walaupun
anak naik bas atau van sekolah, datang juga tunjuk muka.
7. Teman anak waktu rehat
Minggu
pertama, anak jadi takut. Mahu beli
barang di kantin juga tidak tahu. Ajar
anak beli makanan di kantin. Temankan
dia agar lebih yakin. Jangan berputus
asa. Pujuk anak dan hilangkan ketakutannya.
Masa
inilah pentingnya ajak anak kira duit!
8. Ajar anak pergi tandas
Ini
antara kebimbangan besar ibu-bapa. Takut
anak terkencing atau terberak dalam kelas!
Ini
bakal memalukan anak. Tunjukkan anak
tandas pada hari pertama. Terus berbincang
dengan guru kelas tentang tindakan dan perkembangan anak di sekolah pada minggu
pertama.
Ambil
nombor telefon guru kelas jika ada.
9. Kenal-kenal dengan kawan tadika
Jika
ada kawan yang berjiran, itu juga lebih bagus.
Bila mereka berkawan-kawan, anak akan lupa tentang ketakutan diri
sendiri. Pergi ke kantin sama-sama,
pergi Pendidikan Jasmani sama-sama.
Elakkan anak bersendirian.
10. Bekalkan duit secukupnya
Kalau
ada masa untuk masak dan beri anak bawa bekal, itu yang terbaik. Jika ibu-bapa sibuk, berikan duit sahaja
untuk mereka berlanja di kantin. Namun,
jangan sampai banyak sangat. Takut kena
‘pau’ dari pelajar lebih senior. Wang
belanja dalam lingkungan RM3 – 5 adalah yang paling ideal.
Ingat,
ibu dan bapa mesti positif dan kuat! – Anak mendapat kekuatan daripada ibu bapa
mereka yang juga kuat. Banyak-banyak
berdoa pada Allah agar dipermudahkan segalanya.
Semoga ada manfaatnya!
#siraplimau.com#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan