Air kelapa muda juga boleh digunakan untuk perubatan kerana
sifatnya yang semulajadi dan datang terus dari alam. Seelok-elok air kelapa
adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya.
Air kelapa muda yang telah diruqyah apabila dicampur...kan dengan sedikit garam
bukit sangat bagus untuk rawatan santau dan batuk berdarah. Lebih-lebih lagi
kalau sudah diruqyah dengan ayat-ayat al Quran, selawat dan doa-doa kesembuhan
yang warid dari Rasululullah saw.
Air kelapa yang dicampur dengan garam bukit juga sangat
bagus untuk rawatan ketagihan dadah, rokok dan seumpama dengannya. Kaedah
ruqyah yang sesuai untuk rawatan tersebut adalah membacakan 40 kali al Fatihah
kepada campuran tersebut.
Air kelapa mempunyai banyak khasiat yang dibuktikan secara
saintifik. Antaranya:
(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh
seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air
dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat
air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat
seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
(4) Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan
mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman
berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk
meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia
kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan
juga melawan kuman didalam tubuh anda.
(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan
sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem
pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem
imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa
mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan
panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh
seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat
penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi
peredaran darah didalam tubuh seseorang.
Buah kelapa yang sudah gugur, tidaklah terjamin airnya masih
elok atau tidak.
#sumber#legacysecrettrading#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan