Khamis, 1 Januari 2015

PETUA UNTUK MELEGAKAN ANGIN DALAM BADAN

Assalammualaikum warga alam maya..
Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru 2015 kepada semua pembaca. 
Pejam celik usiaku semakin bertambah, kutoleh kebelakang masa lalu yang penuh ranjau dan dugaan..ada tangis, ada gundah ada tawa...semuanya dirempuhi..dalam pahit ada manis.. inilah perjalanan hidup. Perjalanan hidup akan diteruskan sehingga dijemput Ilahi bila tiba waktunya.

Semakin meningkatnya usia kita semakin banyak tekanan dan penyakit yang kita rasai antaranya ialah badan berangin, rasa mual, tak selera makan, badan tak selesa sebab angin yang berkumpul dalam badan kita...mari kita ikut petua dibawah manalah taukan ia berkesan...

Pilihan 1: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.

Piliha
n 2: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Pilihan 3: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.

Pilihan 3: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:

• Kacang
• Sayuran seperti brokoli
• Kobis
• Taugeh
• Bawang
• Asparagus
• Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
• Bijirin seperti roti gandum
• Minuman ringan dan jus buah
• Susu dan produk daripada susu dan keju
• Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

a. Banyakkan minum air kosong.
b. Kurangkan udara yang anda sedut.
c. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
d. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

sumber #legasisecrettrading#

Tiada ulasan: